Ini Cara Cegah Kanser Wanita Bermula Dari Makanan yang Anda Telan Hari Ini!(Dr Hamid Arshat)

Ini Cara Cegah Kanser Wanita Bermula Dari Makanan yang Anda Telan Hari Ini!(Dr Hamid Arshat)

CEGAH KANSER . KESAN AWAL. RAWAT SECARA KESELURUHAN.

Semakin ramai dijangka akan ditimpa penyakit kanser khususnya bila menjangkau umur 50an ke atas. Dianggarkan satu dari 4 orang akan dilanda ketumbuhan kanser. Jenis yang biasa dalam kalangan orang lelaki ialah kanser paru-paru, kilang prostat dan usus. Manakala dalam kalangan wanita ialah kanser payudara, pangkal rahim, rahim dan ovari. Walau demikian mana-mana organ dan anggota tubuh badan boleh dilanda ketumbuhan kaser.

Saya ingin mengingatkan mereka yang ada sejarah dalam ahli keluarga pernah mengidap penyakit kanser, sama ada ibu, bapa, adik beradik atau datuk dan nenek, BERWASPADA sentiasa agar mengurangkan pendedahan terhadap faktor-faktor, ejen-ejen dan unsur-unsur yang boleh mencetuskan pertumbuhan kanser.

CEGAH KANSER PERANAKAN

1. Pencegahan adalah penting.

2. Kesan tumbuhan kanser pada peringkat awal sangat penting. Jangan pandang atau anggap remeh sesuatu tanda atau gejala penyakit.

3. Rawatan doktor sangat penting seperti bedah, radiotherapy dan chemotherapy khususnya jika kanser masih pada peringkat awal dan masih boleh dirawat/treatable. Penting diketahui, rawatan chemo dan radiation yang berlebihan boleh menimbulkan mudarat kerana ia membunuh banyak sel normal.

4. Selepas rawatan asas, sangat penting untuk tingkatkan tahap kesihatan dan ketahanan/imuniti badan dengan pemakanan yang berkhasiat dan berzat. Makan suplemen terdiri daripada multivitamin, lebihkan Vit C 1-2 GM sehari) dan Vit E (400-800 IU). Minum jus segar buatan sendiri daripada berbagai buah-buahan dan sayuran. Terbaik jus daripada apel hijau 2 biji, lobak 2 buah, dan saderi (celery) 2 batang.

5. Rawatan alternatif. Sangat banyak kaedah dan cara rawatan untuk pilihan masing-masing boleh dicari di Internet

Juz ramuan antikanser.

1. Beetroot 55%

2. Carrots 20%

3. Celery 20%

4. Keledek merah 3%

5. Lobak 2%.

Campurkan semua. Masukkan dalam blender sampai lumat dan jadi juz.

Minum dua kali setiap hari.

Tempoh rawatan 42 hari.

Ramuan utama iaitu beet root berwarna purple biasanya diimpot dan dijual dipasar raya. Ia mengandungi banyak vitamin, logam dan antioxidants. Kandungan amino asid betaine dikatakan bolih membunuh sel2 kanser.

Dua jenis buah yang banyak dan mudah didapati di negara kita dan mungkin berkesan untuk membantu rawatan kanser ialah durian belanda/soursop dan buah manggis – isi dan kulitnya. Teh daun durian belanda juga dikatakan membantu pengidap kanser.

Air serai dan kunyit juga mungkin membantu. Air serai mengandungi bahan ‘citral’ yang bertindak menyebabkan sel-sel kanser bunuh diri. Bahan curcumin dalam kunyit juga ada kesan antikanser.

B17 yang terkandung dalam biji aprikot juga memiliki kesan antikanser. Sedia maklum B17 juga terdapat pada ubi kayu dan daun pucuk ubi. Sebelum dimakan ia perlu direbus terlebih dahulu. Ada beberapa laporan tentang pengidap kanser yang makan ubi rebus setiap hari pulih daripada kanser.

Strategi untuk Cegah dan Kawal Ketumbuhan Kanser

1. Elakkan makanan yang diproses, diawet dan yang diubah genetik / GMO..

2. Makan lebih (50-70% daripada sajian makanan harian) bahan makanan yang segar dan mentah – Sayur-sayuran, buah-buahan, ulam.

3. Jauhkan fast food dan junk food. Makanan-makanan yang dipekej, yang terlalu banyak perisa dan pemanis. Jauhkan gula kerana ia membiakkan sel kanser. Kawal gula dan minuman – Coke, Pepsi, Sprite dan lain-lain

4. Kurangkan daging lembu, kambing, ayam khususnya yang banyak lemak.

5. Makan Coenzyme seperti Q10, daripada sumber-sumber seperti tapai, tempeh mentah dan jeruk.

6. Lakukan senaman sederhana selama 30 minit sehari – berjalan kaki, jogging, kayuh basikal.

7. Pil Vit D – atau sumber daripada cahaya matahari.

8. Cukup tidur – 6-8 jam. Tidur awal. Elakkan menonton TV hingga larut malam.

9. Kurangkan Stress. Ikuti panduan dalam laman sesawang ini.

10. Amalkan senaman pernafasan/breathing exercise.

11. Jauhkan segala jenis toksin di udara – semburan racun serangga dan pewangi, dalam makanan, dalam makeup, shampoo dan pewangi.

12. Hidup riang gembira berkasih sayang dalam keluarga dan kepada semua insan.

~Semoga bermanfaat~

“Barangsiapa yang menunjukkan kepada kebaikan, maka ia (orang yang menunjukkannya) akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya. [HR Muslim, 3509].

Jangan lupa untuk LIKE dan SHARE artikel ini

 

sumber :  TV Dakwah.my

Sumber : tambahcheesy.com

 

baca lagi..

 

Ustaz Hanafiah Kongsi Petua Mujarab Nak Dapat Anak, Salah Satunya Amalkan Surah Maryam Ayat 1-12

Bila belum dikurniakan anak, perasaan sensitifnya dengan pertanyaan orang sekeliling tuhan saja yang tahu. Sebab yang bertanya itu takkan pernah tahu bagaimana susah payahnya kita berusaha nak dapatkan cahaya mata.

Jangan patah semangat, jangan rasa Allah tak sayang, sebabnya ujian zuriat ini memang hebat sekali. Malah menurut Ustaz Mohamed Hanafiah Abdul Malek, 43 nabi Zakaria dahulu pun pernah diuji ketiadaan anak.

“Isterinya mandul dan dia juga sudah tua, maka dia berdoa pada Allah agar dikurniakan cahaya mata”

Ia juga ujian kesabaran. Tapi suami isteri kena juga berusaha. Yang usaha-usaha sebelum ini contoh bertemu doktor untuk konsultasi dan sebagainya boleh diteruskan. Tip yang Ustaz Hanafiah kongsikan ini adalah petua. Petua ini perlu diamalkan suami isteri, bersama-sama konsisten selama masih dalam usaha, masa yang ustaz tetapkan setahun.

Beliau juga pernah kongsikan petua yang sama sebelum ini di televisyen. Dan Alhamdulillah ramai yang menghubunginya memberi maklumbalas positif.

Akui beliau ulama di Yaman berusia 52 tahun, dan pasangannya disahkan mandul. Dan akhirnya setelah bermacam usaha dilakukan, beliau dan isteri mencuba petua dan diamalkan. “Dengan izin Allah dapat anak.”

Petua Dapat Anak Daripada Ustaz Hanafiah

Hari Pertama

1 kilo kurma yang liat dan kering (elak yang lembik sebab takkan jadi)

1 liter susu kambing (ambil yang fresh baru afdhal)

Caranya

Suami ambil 1 genggam dari 1 kilo kurma tadi.

Isteri pun ambil 1 genggam dari 1 kilo kurma tadi.

Buangkan biji, masukkan kurma-kurma tadi dalam blender.

Tuangkan 1 liter air susu kambing. Kisar.

Isteri minum separuh, suami minum separuh.

Habiskan dalam masa 1 hari

Hari Kedua Dan hari-hari Seterusnya

Pasangan Suami dan isteri makan 7 biji kurma yang kering dan liat (jangan yang lembik) setiap pagi.

Selepas ambil kurma minum 1 gelas susu kambing setiap pagi.

Kurma boleh dimakan sekali gus atau berselang asalkan dihabiskan untuk 1 hari.

Setiap Kali Cuba Petua Amalkan Bersama

Surah Maryam ayat 1 hingga 12

Petua ini hendaklah diamalkan dalam masa SETAHUN. “Selalunya 3/4 bulan dah ok.” Kata Ustaz Hanafiah dalam video ceramahnya.

Mandul itu bukan tanda kita tak boleh dapat anak,” sambungnya. Kadangkala sesetengah wanita rahimnya diganggu oleh bangsa jin. Manakala kepantangan makhluk bernama jin ini adalah susu kambing.

InsyaAllah… berdoalah pada Allah.

Sebarkanlah Ilmu Walaupun Sebesar zarah..

Semoga bermanfaat. Sila like & share!

 

Sumber :  @tvdakwahmy