Sebelum ini, Ds Nazri antara pemimpin umno yang paling anti dengan Tun M, hingga sanggup samakan Tun M dengan pesakit kusta. Tapi, bila jumpa depan-depan, tengok apa reaksi Nazri buatkan semua orang ketawa besar.

Sebelum PRU 14, bermacam2 ragam menteri kita dapat lihat. Antara menteri paling vokal dan keras terhadap Tun Mahathir ialah Datuk Seri Nazri Aziz. Mari kita soroti kembali kata2 angkuh Nazri terhadap Tun Mahahtir supaya menjadi iktibar dan pedoman kepada menteri2 lain di masa hadapan

PADANG RENGAS: Penasihat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad menyindir tindakan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz yang disifatkannya terlalu bersungguh-sungguh mahu bertemu dengannya di Kuala Kangsar pada petang Sabtu.

Mantan perdana menteri memberitahu dalam pertemuan singkat selama 30 minit itu, beliau tertanya-tanya mengapa Nazri langsung tidak berbual dengannya walaupun sebelum itu Ahli Parlimen Padang Rengas tersebut menunggu beliau berjam-jam lamanya.

“Hari ini dia (Nazri) bersungguh-sungguh nak jumpa dengan saya, saya pun tak tahu kenapa. Tapi bila jumpa dekat tempat jual cendol, dia tak kata apa pun.

“Nak jumpa tapi tidak cakap kenapa?” katanya ketika menyampaikan ceramah di Kota Lama Kiri, di sini, pada malam Sabtu.

Tambah Dr Mahathir, Nazri langsung tidak memandang wajahnya dalam pertemuan berkenaan walaupun sebelum itu telah menunggu ketibaan beliau bersama isteri di hadapan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sultan Azlan Shah selama empat jam.

“Entah kenapa dia diam seribu bahasa duduk tepi saya. Kalau dia bisik pun saya boleh dengar, tapi dia tak bisik, duduk tengok depan sahaja. Habis-habis sangat dia kata itu Sungai Perak… saya pun tahu itu Sungai Perak, tak perlu beritahu saya,” ujar beliau.
Beliau dalam pada itu turut meragui kebolehan Nazri memimpin negara kerana dakwanya Anggota Parlimen Padang Rengas itu tidak mampu menjaga serta membangunkan kawasannya sendiri.

“Saya datang ke Padang Rengas nak lihat kawasan menteri (tapi) tak nampak macam kawasan menteri, kawasan sendiri pun tak tahu jaga,” katanya lagi.

Pada petang Sabtu, Dr Mahathir dan Nazri telah meluangkan masa bersama hampir 30 minit di sebuah gerai cendol di Lembah Sungai Perak.

Kedua-dua ahli politik itu sebelum ini dijadualkan berdebat di MRSM Sultan Azlan Shah di sini pada Sabtu namun ditunda pada 7 April depan kerana gagal mendapatkan permit daripada pihak berkuasa.

sumber