13 perkara yang tidak diketahui fungsi pada objek normal yang anda lihat setiap hari!

13 perkara yang tidak diketahui fungsi pada objek normal yang anda lihat setiap hari!

13 perkara yang tidak diketahui fungsi pada objek normal yang anda lihat setiap hari!

13 perkara yang tidak diketahui fungsi pada objek normal yang anda lihat setiap hari!

Pernahkah anda melihat dan terfikir lalu menyedari akan sesuatu objek normal yang anda lihat itu kadangkala terdapat satu fungsi yang dirasakan ganjil dan tidak mempunyai tujuan?

Kita selalu menganggap sesuatu produk itu hanya satu produk yang sepatutnya dilihat secara biasa sahaja.

Tetapi di sebalik rekabentuknya terdapat fungsi yang sebenarnya tidak ganjil tetapi bertujuan memberikan kemudahan kepada kita.

Dengan kurangnya penerangan, kita menjadi salah faham dan tidak memahami fungsi sebenar objek tersebut selain dari menggunakannya untuk kegunaan biasa yang difikirkan akal sahaja.

Lihat 13 fungsi dengan tujuan rekabentuk pada objek normal ini dibawah.

1. Kita semua tahu yang fungsi lubang pada penyenduk spaghetti itu adalah untuk mengasingkan air dari spaghetti yang telah direbus. Tetapi sebenarnya ada kegunaannya yang lain. Lubang ditengah itu, tujuan utamanya adalah untuk mencatu jumlah spaghetti untuk setiap hidangan.

Kredit: Wikimedia Commons

2. Tahukah anda terdapat lubang kecil di bawah kekunci mangga. Fungsi lubang kecil ini sebenarnya adalah sebagai pengering yang akan mengeluarkan air dan kekotoran yang memasuki kekunci mangga ini. Ia juga berfungsi sebagai tempat mengisi minyak pelincir bagi bahagian yang bergerak di dalam kekunci mangga itu.

Kredit: YouTube / Marta Silva

3. Kaki atau penegak papan kekunci komputer yang terletak di bawah itu direka bukan untuk tujuan ergonomik. Tujuan utamanya adalah bagi memudahkan pengguna melihat dengan jelas kekunci yang mahu ditekan.

Kredit: Flickr / Wasim Raja

4. Kini fungsi poket kecil pada seluar jean anda itu telah tidak berguna. Pada tahun 1800 an , poket kecil ini sangat berguna kepada cowboy untuk menyimpan jam randik mereka bagi mengelakkan ia dari terjatuh dan rosak atau pecah.

Kredit: Pixabay

5. Anda mungkin menyedari dalam kebanyakan beg galas terdapat tampalan kulit dua lubang berbentuk belian di atasnya. Rasanya ramai yang tidak mengetahui tujuan ia diletakkan pada beg galas kerana sememangnya ia mempunyai fungsi yang spesifik.

6. Jika pada waktu malam, mata anda menjadi silau kerana lampu tinggi pemandu tidak bertanggungjawab di belakang anda, apa yang perlu anda lakukan ialah turunkan cermin pandangan belakang ke posisi cermin gelap. Pandangan anda akan tidak silau lagi. Itulah fungsi cermin gelap pada cermin pandang belakang itu.

Kredit: YouTube / WEIRD NEWS

7. Pernahkah anda terfikir mengapa terdapat lubang pada penutup pen? Sebenarnya ia ditempatkan begitu untuk menyelamatkan nyawa.

8. Pom-pom yang terdapat pada topi yang dipakai pada musim sejuk itu bukanlah dicipta untuk tujuan hiasan. Sejak sekian lama terdapat tujuan ia direka begitu. Pada zaman Napoleon, para askar memakai topi begini dengan warna berlainan untuk membezakan unit mereka. Askar Scotland memakainya dengan warna yang berbeza bagi memberitahu peranan dan tugas masing-masing di dalam regimen.

Kredit: Flickr / D Coetzee

9. Jika anda peminat lolipop Chupa Chups, pasti anda menyedari terdapat satu lubang kecil pada batang plastik pemegang lolipop itu. Sebenarnya tujuan lubang itu dibuat untuk memastikan gula-gula ini untuk terus melekat. Apabila gula-gula ini berbentuk cecair sebelum mengeras, ia telah melekat pada lubang batang plastik itu dahulu dan terus memastikan ia melekat dan tidak jatuh semasa telah mengeras.

Kredit: Wikimedia Commons

10. Untuk memakan tic tac semestinya satu biji itu tidak mencukupi untuk diambil dari bekasnya. Pasti ia akan bertaburan. Itu sebabnya syarikat ini mencipta satu cara yang mudah untuk mengambilnya satu persatu dengan melihat fungsi pada lekukan lubang kecil di bawah bekas itu.

11. Ada yang mempercayai bahawa warna pada bahagian bawah tiub ubat gigi menentukan komposisi ubat gigi tersebut samada ia datang dari sumber semulajadi atau mengandungi kandungan kimia. Tetapi tujuan sebenar ia dibuat begitu adalah sebagai penanda aras pada sensor mesin di kilang untuk menentukan di mana mereka perlu memotong dan mematri tiub tersebut.

Kredit: Wikipedia

12. Lubang penutup pada tin soda bukan berfungsi untuk membantu anda membuka minuman itu sahaja. Fungsinya yang lain adalah bagi membolehkan anda meletakkan penyedut minuman apabila anda memusing lubang itu  dari belakang ke hadapan.

Kredit: YouTube / Jay Rule

13. Nombor 57 pada sos Heinz itu ada fungsinya. Untuk menuang sos dengan pantas , pegang pada nombor 57 yang menimbul di kepala botol. Tekan dan tuang dari botol dengan lembut dan sos akan keluar dengan mudah dan cepat.

Kredit: Flickr / Tracy Hunter

Era Baru

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *