LAWAK GILER…Aduhai sakit perut gelak.. hahahah Jangan sampai terberanak dalam kereta sudah lah.. 

LAWAK GILER…Aduhai sakit perut gelak.. hahahah😂 Jangan sampai terberanak dalam kereta sudah lah.. 🤣

Siapa yang tidak kenal dengan Azad Jasmin atau lebih dikenali dengan panggilan mesranya sebagai Pak Azad. Dia merupakan pelakon yang pernah membintangi filem popular seperti Nana Tanjung 2, Sifu & Tongga, Apa Celop Toqq, dan Suatu Malam Kubur Berasap 2.

Bapa yang mempunyai 3 orang cahaya mata ini memang ada sahaja ideanya dalam membuat lawak sampaikan isterinya sendiri, Eira Syazira tidak kering gusi ketawa terbahak-bahak melihat gelagat suami kesayangannya itu. Malah, Eira juga turut berkongsi video gelagat suaminya yang kelakar di laman Instagram miliknya sendiri.

Baru-baru ini, Azad telah memuatnaik video lawak terbarunya di laman Instagramnya. Sering kali membuat netizen terhibur, sememangnya video lawak Azad tidak pernah mengecewakan peminat-peminatnya. Video tersebut juga telah dimuatnaik beserta dengan kapsyen “kalau kes macam ni of course apa lagi pasai jemlah..”

Siapa sangka dengan wajah yang serius pun boleh jadi bahan kelakar. Lihat sahaja video Azad hadap jalan jem ini, muka serius tapi lawak habis. Part yang Azad menyanyi “potong kelapa..potong kelapa..” memang buat netizen rasa terhibur.

VIDEO :

Pelbagai reaksi dan komen lucu daripada netizen yang menonton video lawak Azad. Ada yang kata sakit perut mereka gelak. Malah, ada netizen yang kesian dekat isteri Azad kerana boleh putus urat kentutnya gelak tanpa henti.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : KisahDunia

SoyaLemon.ORG

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *