[VIDEO] “Ya Allah mudanya! First time tengok…” – Tampil tanpa bulu mata palsu, kecantikan Che Ta dipuji peminat

Sebut sahaja nama Rozita Che Wan atau Che Ta, pasti terbayang busana ‘lip lap’ kelihatan penuh ‘gojes’ serta bulu mata tebal yang sudah menjadi sebati dengan penampilannya sejak mula bergelar pelakon sehingga kini.

Jarang sekali kita melihat pelakon filem Adik Manja Return itu membuat penampilan ringkas tanpa memakai bulu mata palsu apabila setiap kali hadir pada acara-cara hiburan.

Namun baru-baru ini, isteri kepada pelakon Zain Saidin itu telah memuat naik sebuah video di laman Instagram miliknya yang kelihatan hanya mengenakan solekan ringkas pada wajahnya, tanpa memakai bulu mata palsu.

VIDEO:

Menerusi video berdurasi 17 saat tersebut, ibu kepada kanak-kanak cilik dan comel Aaisyah Dhia Rana itu telah mengajak orang ramai untuk hadir ke festival Mood Republik yang berlangsung di Kuantan, Pahang.

Walau bagaimanapun, imej tanpa bulu mata palsu berkenaan menjadi bualan utama pengikutnya apabila rata-rata memuji kecantikan semula jadi dirinya serta kelihatan lebih awet muda.

Cantiknya awak ni…

Lain muka sis!

First time tengok takde bulu mata!

Nampak muda 10 tahun!

Sumber : Rozita Che Wan / Ohmymedia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *