Bas ini bernilai RM71 Juta!! Anda pasti terpegun melihat hiasan dalamannya!!

Loading...

Bagi kebanyakan daripada kita, pasti akan menganggap bahawa terma ‘rumah bergerak’ ini jauh sekali daripada aspek kemewahan, apatah lagi keselesaan. Sebuah syarikat berpangkalan di Jerman walau bagaimanapun telah mengejutkan kita setelah membina sebuah rumah bergerak bernilai RM 71 Juta!

The Performance S merupakan model terbaru keluaran Volkner Mobil yang telah dilancarkan. Ia tidak ubah seperti berada di hotel 5 bintang terkemuka tetapi boleh bergerak.

Kenderaan anggun yang mempunyai ketinggiaan 40 kaki ini mengandungi sebuah katil bersaiz ‘queen’, dapur yang lengkap, ruang lounge yang agak luas dan sebuah bilik air yang lengkap dengan air panas. Apa yang menariknya, ia turut mengandungi sebuah garaj yang lengkap dengan lif elektrohidrolik yang boleh memuatkan pelbagai saiz kereta.

Jadi, jika anda gemar melancong dengan memandu kereta dan tidak bersedia untuk meninggalkan keselesaan berada di rumah dan kereta Lamborghini anda, maka The Performance S merupakan pilihan terbaik buat anda. Mari kita lihat bahagian dalam rumah bergerak ini.

Inilah dia Volkner Mobil Performance S, rumah bergerak paling mewah yang pernah dilancarkan

Di sebalik kenderaan setinggi 40 kaki yang bernilai RM 71 Juta ini, anda akan dapat menikmati suasana seperti berada di hotel bergerak bertaraf 5 bintang

Katil yang selesa…

Bilik air yang lengkap dengan air panas…

Dan yang paling menarik ialah, ia mempunyai lif elektrohidrolik yang boleh memuatkan kereta daripada Mercedes sehinggalah Ferrari.

sumber: Stefan Peine

AKIBAT Suami Tak Tahan Melihat Isterinya Pakai Jubah Nipis Melekat Di Tubuh, Lihat Apa Terjadi Kepada Wanita itu

Berlaku Pertelingkahan Sepasang suami isteri atas dasar jubbah yang dipakai isterinya itu tidak menepati syariat Islam yang akhirnya berakhir dengan kekasaran apabila si isteri di tumbuk di muka dan di pukul dengan penyangkut baju hingga cedera ditubuh.

Kejadian ini beraku di rumah kedua orang pasangan terbabit di Setapak kira-kira jam 8.30 malam kelmarin, ketika kedua-duanya sedang bersiap untuk sebuah acara makan malam.

Menurut dari salah satu sumber, sebelum kejadian tersebut si suami mengajak isterinya untuk pergi ke sebuah acara makan malam anjuran pihak syarikat tempat si suami bekerja, namun apabila si isteri tersebut cuba mengenakan sehalai jubbah,lelaki terbabit meminta menukar kepada pakaian lain.

Si suami berpendapat jubbah yang cuba dipakai isterinya terlalu ketat dengan kain melekat pada tubuh. Jadi secara dasarnya ia dikategorikan tidak menutup aurat dan tidak menepati syariat Islam.

Bagaimanapun si isteri tersebut enggan menukar pakaian itu kerana berpendapat jubbah yang dipakainya biasa-biasa sahaja dan sudah cukup untuk menutup aurat, katanya suaminya ketika dhubungi semalam.

Sumber itu berkata pasangan terbabit hanya bermula dengan perang mulut si suami akhirnya gagal mengawal kemarahan lalu menumbuk muka isterinya berkali-kali.

Tidak pula cukup dengan itu dia turut terus memukul badan mangsa dengan penyaku baju hingga wanita itu tercedera di mulut dan lebam di seluruh badan .

Mangsa yang cedera terus mendapat rawatan di klinik berhampiran sebelum membuat laporan polis mengenai kejadian yang berlaku itu di Balai Polis Setapak.

Sumber:Kosmo via heroviral.online

Loading...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *