PAKAR PHOTOSHOP INI TULAR DI SELURUH DUNIA GARA-GARA SUKA ‘MEMASUKKAN’ DIRINYA DALAM GAMBAR SELEBRITI (12 GAMBAR)…

Menyunting gambar merupakan satu aktiviti yang kita semua lakukan. Sama ada menyunting secara ringkas ataupun menggunakan aplikasi Photoshop, anda pasti tidak mampu menandingi kemahiran menyunting oleh lelaki dari Indonesia ini.

Memasukkan gambar anda ke dalam gambar selebriti terkenal dunia bukanlah satu perkara yang baru. Namun, Syahril Ramadan telah meningkatkan lagi tahap suntingan gambar zaman ini dengan ‘berlakon’ di dalam gambar tersebut.

Idea Syahril tentang bagaimana dia mewujudkan konsep baharu dan ekspresi wajahnya yang bagus membuatkan dia kelihatan seperti benar-benar berada di dalam gambar tersebut.

Selain daripada kemahiran Photoshop yang mengagumkan, Syahril juga mempunyai laman sesawangnya sendiri yang menawarkan perkhidmatan fotografi. Beliau pakar dalam bidang ‘fotografi nyata’ dan semua hasil karya beliau adalah bertepatan dengan bakatnya dimilikinya.

Menurut Akademi Filem New York, fotografi nyata telah wujud sejak sekian lama namun dengan adanya teknologi seperti Photoshop dan program suntingan lain, proses untuk menghasilkan gambar realiti terbaik adalah lebih mudah.

Dahulu, tiada sebarang penggunaan komputer canggih dapat membantu jurugambar menghasilkan gambar yang menarik. Segala kesan nyata harus dilakukan di dalam kamera atau bilik gelap.

Sementara itu Syahril pula yang merupakan jurugambar baru mengaplikasikan rekaan grafik dan suntingan tertentu di dalam penghasilan gambar terbaik.  Beliau yang berasal dari Batam, Kepulauan Riau telah menamatkan pelajaran dari sekolah vokasional dan kini bekerja sebagai editor bebas.

Ketika ditanya tentang bagaimana Syahril belajar untuk menggunakan Photoshop, beliau menyatakan bahawa beliau belajar sendirian sejak tahun 2011 dan sehingga kini, beliau masih lagi gigih mempelajari teknik-teknik terbaru menerusi Photoshop.

Lihat beberapa koleksi gambar suntingan hebat Syahril di bawah.

#1 Bersantai bersama pelakon hebat dari filem Jumanji 2

 

#2 Saya tidak mahu berkongsi cawan dengan Christiano Ronaldo

 

#3 Inilah teman wanita saya

 

#4 Kacak tak lelaki di dalam gambar ini?

 

#5 Mungkin saya boleh menggantikan watak Aquaman dalam filem akan datang

 

#6 Selena! Saya baru lepas cuci lantai ini!!

 

#7 Biar saya urutkan kaki awak ya sayang?

 

#8 Nampak lelaki itu? Dia lah yang tumpahkan air pada saya semalam

 

#9 Kalau awak bosan, pergilah keluar dengan kawan-kawan. Saya sibuk ni

 

#10 Alamak! Tak cukup duit!

 

#11 Sayang, sudikah awak mengahwini saya?

 

#12 Tuan Obama, atas tu belum dicat lagi ya

 

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

 

Sumber: Era Baru

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *