Adegan seekor haiwan liar yang cuba mencuri beg gadis ini pasti Pasti Buat Ramai Terbeliak Mata!!

Debar lagi lucu! Adegan seekor haiwan liar yang cuba mencuri beg gadis ini pasti mencuit hati…

Percutian Janna Breslin di Weeki Wachee Springs, Florida bertukar menjadi pengalaman yang lucu dan menakutkan pada masa yang sama apabila seekor rakun secara tiba-tiba memasuki air dan mahu mencuri beg miliknya!

Rakun liar tersebut dikatakan dengan beraninya memasuki air lalu memanjat ke atas papan untuk meragut beg Janna yang mengandungi pakaian dan sedikit makanan.

Janna telah kongsikan video rakaman kejadian itu di YouTube.

“Masih tidak percaya dengan apa yang telah berlaku!!! Semalam adalah pengalaman pertama saya berhadapan dengan rakun yang liar.”

Janna cuba menghalang cubaan rakun itu menghampiri begnya dengan menggunakan pendayung tetapi gagal apabila rakun ini terus naik ke atas papan dan merampas beg tersebut.

Nasib baik, Janna sempat memegang begnya walaupun berlaku sedikit pergelutan di situ.

“Saya tidak gembira kerana terpaksa mengetuk kepalanya. Saya cuba menjauhkan rakun ini dengan baik tetapi apabila saya merasakan rakun ini tidak mahu melepaskan pakaian dan makanan saya, saya terpaksa lakukan apa yang patut bagi memastikan barang saya selamat.”

“Seperti yang anda lihat, rakun ini berenang pergi dan tidak mengalami sebarang kecederaan.”

Tonton video di bawah.

Sumber: Sunny Skyz

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *