Najib Kata Dah Ramai Mula Menyesal Undi Pakatan Harapan..

Umum ketahui sekarang bahawa kerajaan diperintah oleh parti pemerintah Pakatan Harapan hasil gabungan 4 parti.

Susulan itu kerajaan baru ini mendapat perhatian meluas bukan sahaja di dalam negara bahkan juga di luar negara.

Terbaharu, beberapa hari lepas Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga salah seorang bekas Perdana Menteri meberi komen berkaitan nasib 17,000 kakitangan penjawat awam bertaraf kontrak yang ditamatkan perkhidmatan oleh Kerajaan Pakatan Harapan.

Memetik beberapa laporang artikel akhbar-akbar tempatan atas talian bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak berkata mungkin lebih baik sekiranya Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang lalu.

Beliau juga memaklumkan bahawa kumpulan berkenaan mungkin masih bekerja dengan agensi kerajaan dan dapat mencari rezeki untuk menyara keluarga seperti sebelum PRU14 berbanding sekarang yang mana diperintah oleh kerajaan Pakatan Harapan apabila mereka hilang ditamatkan mata pencarian.

Datuk Seri Najib Tun Razak yang kini juga Ahli Parlimen Pekan itu berkongsi rungutan seorang guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) yang menyatakan dirinya adalah pengundi PH pada PRU14 kerana sering dimomokkan sejak anaknya lahir bahawa Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) adalah punca kepada kenaikan harga barang.

“Mana dia pergi pun peniaga kata GST menyebabkan (harga) barang naik, dia tidak sebut pun sebagai seorang guru KAFA dia mendapat pembelaan daripada kerajaan (sebelum 9 Mei).

“Selepas 9 Mei dia mendapat penamatan sebagai guru KAFA pada awal Ramadan, bila tengok dua anak kecilnya…air matanya menitis kerana terbayang apa bakal terjadi kepada anaknya itu dan menampung perbelanjaan.

Timbul kesedaran bahawa BN yang memberi pembelaan kepada guru KAFA, BN tidak tergamak memberhentikan 3,000 guru KAFA yang termasuk 17,000 kakitangan kontrak kerajaan namanya ada dan saya hendak berhubung dengannya kerana dia menyesal mengundi pakatan,” katanya.
Kata-kata beliau itu dipetik ketika beliau berucap pada majlis berbuka puasa dan penyampaian sumbangan kepada 100 asnaf di Masjid Kampung Polo beberapa hari lepas.

Dalam upacara tersebut kelihatan yang turut hadir, isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bebar, Datuk Mohd Fakhruddin Mohd Arif.

Datuk Seri Najib Tun Razak juga berkata perasaan kesal dan insaf bahawa hanya kerajaan BN memberi pembelaan kepada penjawat awam selama ini hanya dirasai selepas ‘perkara itu tiada’.

Apakan daya mungkin mereka tertipu atau membuat satu pertimbangan berdasarkan kepada hasutan atau kempen kebencian tanpa melihat kepada kebaikan BN, kebaikan kita tidak nampak semasa itu, hanya sedar bila sudah tiada.

Tetapi sebagai hamba Allah, kita kena terima dan terpaksa bina masa depan kita sebagai sebuah parti yang tiada kuasa kerajaan,” katanya.

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Pekan turut berterima kasih kepada pengundi di Parlimen Pekan kerana memberi mandat dan memenangi kerusi itu dengan majoriti tertinggi di Malaysia bagi BN.

“Sebagai Ahli Parlimen Pekan, sudah tentu saya terus terpanggil untuk meunaskan tanggungawab selepas diberi kepercayaan dab mandat oleh pengundi,” katanya.

Manifesto Pakatan Harapan (PH) janji 10 perkara, beban rakyat ringan dalam 100 hari

Dibawah ini kami ular siar semula janji-janji dalam manifesto kerajaan Pakaran Harapan sebelum pilihan raya:

  • Menghapuskan GST dan mengurang kos sara hidup dengan pelbagai inisiatif peduli rakyat.
  • Menstabilkan harga minyak dan memperkenalkan semula subsidi petrol secara bersasar.
  • Menyamaratakan gaji minimum seluruh negara dan seterusnya memulakan proses meningkatkan gaji minimum.
  • Menghapuskan hutang-hutang tidak wajar yang dipaksa ke atas peneroka Felda.
  • Memperkenalkan skim caruman KWSP untuk suri rumah.
  • Menangguhkan pembayaran balik pinjaman PTPTN kepada semua peminjam bergaji kurang dari RM4,000 sebulan dan memansuhkan dasar senarai hitam ke atas peminjam.
  • Memperkenalkan Skim Peduli Sihat dengan memberi RM500 pembiayaan untuk rawatan asas di klinik swasta berdaftar untuk golongan B40.
    Menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja 1MDB, Felda, Mara dan Tabung Haji, dan merombak semula struktur kepimpinan mereka.

Menubuhkan Jawatankuasa Khas Kabinet untuk segera menyemak dan melaksanakan Perjanjian Malaysia 1963.
Melancarkan kajian terperinci mengenai projek-projek mega yang dianugerahkan kepada negara asing.

Kami diย Kecoh.Infoย percaya dengan prinsip kebebasan semua rakyat meluahkan dan memberikan pendapatan peribadi.

Dan kami percaya bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai hak beliau untuk berkata begitu kerana mungkin ada alasan tersendiri yang telah difikirkan oleh beliau.

Pun begitu kami menaruh harapan yang tinggi dengan parti pemerintah yang ada sekarang agar hak rakyat dapat dipertahankan dan ditambah-baiki lebih lagi.

Kami percaya seluruh rakyat Malaysia menaruh harapan yang begitu tinggi kepada kepimpinan yang baru untuk membela nasib rakyat marhaen yang terbanyak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *