“Kalau Dia Sayangkan Saya Kerana Allah, Then Dia Pakai” – Shuib

Loading...

SubhanAllah..Akhirnya Siti Sarah Berhijab. “Kalau Sayang Saya Kerana Allah, Dia Akan Pakai”kata suaminya. Mari sama2 kita doakan agar rumah tangga mereka sentiasa dalam keberkatan Allah S.W.T.. Aamiin

Suami penyanyi Siti Sarah, Shuib mengakui gembira melihat perubahan isterinya yang kini perlahan-lahan berhijab.

Kata Shuib, getus hati kecilnya pastinya mahu seorang isteri menutup aurat apabila di hadapan khalayak ramai namun keputusan itu terserah pada Sarah.

“Sebagai seorang suami saya bersyukur dan seronok melihat isteri saya bertudung. Tetapi saya tak mahu ada paksaan, biarlah dia sendiri yang buat keputusan.

“Kalau dia sayang saya kerana Allah, then dia pakai,” jelas Shuib ringkas.

Bagaimanapun, Sarah mengakui dia selesa bertudung buat masa sekarang dan sukar untuk memberikan jawapan mengenai perubahan imejnya.

“Kalau Shuib tanya pun saya tidak boleh memberikan jawapannya.

“Jika saya nak bertudung pun, saya akan pakai terus. Tak ada nak buat pengumuman.

“Buat masa sekarang, saya selesa bertudung dan meminta agar semua peminat mendoakan saya,” katanya.

Pasangan suami isteri ini ditemui pada majlis berbuka puasa artis naungan Indigital Sdn Bhd dan LOL Entertainment bersama anak yatim di Hotel Royal, Kuala Lumpur semalam.

Sarah dan Shuib baru pulang daripada mengerjakan umrah di Tanah Suci Mekah dan berkesempatan menyambut 10 hari pertama Ramadan di sana.

Teks oleh: Amri Hassan
Foto: @sitisarahraisuddin

Loading...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *