5 Negeri Paling Ramai Penagih Dadah di Malaysia. Korang Mesti Tengok Negeri Mana Yang Paling ramai!!

Loading...

Penagihan dadah memang merupakan satu masalah besar di negara kita. Dadah bukan saja merosakkan masyarakat secara amnya, dadah merupakan satu ancaman kepada masa depan kita semua kerana peranannya dalam merosakkan pemikiran individu dalam masyarakat, sehingga mengakibatkan seseorang individu hilang kemampuan untuk bersaing.

Sekaligus merugikan negara dalam aspek ekonomi, tenaga kerja dan juga pembentukan pengaruh masa depan. Tetapi jelaskah anda berkenaan masalah dadah di negara kita dan setakat mana pengaruh dadah merosakkan masyarakat kita?

Negeri mana paling ramai penagih dadah?

Dalam persepsi kita, sudah pastilah penagih dadah datang daripada neger-negeri berpendapatan rendah kerana penagih majoritinya datang daripada golongan tersebut. Bagaimanapun, agak mengejutkan juga sebenarnya, negeri yang paling ramai penagih dadah di negara kita datangnya daripada negeri-negeri yang paling maju antara semua negeri.

Negeri yang mempunyai jumlah penagih dadah paling ramai di Malaysia adalah Pulau Pinang! Mengejutkan bukan kerana ini bukan sesuatu yang menjadi persepsi majoriti orang ramai. Dengan 5,081 orang penagih, Pulau Pinang menempatkan 16.47% keseluruhan jumlah penagih dadah di Malaysia.

Kedah menduduki tempat kedua dengan 3,862 orang penagih diikuti oleh Kelantan seramai 3,223 orang dan Selangor berada tidak jauh di belakang, dengan 3,176 orang. Tempat kelima negeri paling ramai penagih dipegang oleh Perak dengan 2,639 orang atau 8.56% jumlah keseluruhan.

Negeri mana paling bebas penagih?

Malangnya, tidak ada negeri dalam Malaysia yang bebas penagih namun ada beberapa negeri mencatatkan jumlah penagih di bawah 1500 orang.

Negeri Sembilan mencatatkan 1,172 orang jumlah penagih dikesan, Sabah 1,044 orang, Melaka 932 orang, Perlis 692 orang dan yang terakhir Sarawak 534 orang penagih, menjadikan Sarawak negeri paling sedikit jumlah penagih yang berjaya dikesan di Malaysia.

Di antara semua kawasan Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur mencatatkan jumlah paling tinggi iaitu 1,695 orang, Labuan mencatatkan 79 orang dan Putrajaya hanya mencatatkan 47 orang penagih ada di sana.

Kategori-kategori penagih paling ramai

Menurut kajian Agensi Anti Dadah Kebangsaan bagi tahun 2016, majoriti penagih dadah adalah golongan lelaki dengan 96.16% berbanding wanita yang hanya mencatat peratusan 3.84%. Bangsa Melayu menjadi jumlah penagih teramai dengan 80.73% jumlah penagih berbangsa Melayu, diikuti oleh India seramai 7.87% dan Cina 7.07%.

Didapati hasil penyelidikan mencerminkan satu perkara – terdapat hubungan jelas di antara tahap pekerjaan dengan potensi untuk jadi penagih dengan 34.51% golongan penagih adalah mereka yang tidak mempunyai pekerjaan tetap dan 16.96% adalah mereka yang bekerja sebagai buruh am. Ini juga seiring dengan tahap pendidikan penagih, di mana golongan penagih majoritinya (94.97 peratus) adalah individu yang mempunyai kelulusan sama atau lebih rendah dengan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Kelompok umur paling ramai penagih dadah pula adalah mereka yang datang daripada kalangan 20 hingga 44 tahun, menunjukkan kebebasan yang diperolehi banyak membuatkan ramai yang tergelincir dari landasan hidup yang betul.

Kategori dadah paling popular di kalangan penagih dadah Malaysia

Dadah jenis apakah yang menjadi kegemaran penagih-penagih di negara kita? Dadah nombor satu di negara kita yang menjadi musuh utama kepada masyarakat adalah dadah jenis heroin dan morfin, yang diletakkan di bawah kategori ‘opiat.’ Sebanyak 53.47% kes melibatkan dadah opiat dikesan dengan 11,469 kes baru dan 5,516 kes berulang.

Syabu atau methamphetamine menjadi pilihan kedua, dengan 31.82 peratus penagih memilih dadah jenis tersebut. Kes penagihan syabu baru dilaporkan sebanyak 8,384 kes sementara kes berulang sebanyak 1,723 kes.

Kategori dadah ATS atau amphetamine type stimulant menjadi pilihan 3,395 orang penagih. Terdapat beberapa jenis dadah yang diletakkan di bawah kategori ini iaitu ecstasy, amphetamine sendiri dan juga pil kuda. Sebanyak 2,737 kes baru dilaporkan sementara 658 kes berulang dikesan.

Dadah paling kontroversi iaitu ganja pula duduk ditempat keempat, dengan hanya 1,098 kes baru dilaporkan dan 138 kes berulang ditemui, menjadikan penghisap ganja hanya merangkumi 3.89 peratus jumlah kesemua penagih dadah.

Kesimpulan

Agak memeranjatkan sebenarnya setelah mendapati Pulau Pinang mencatatkan jumlah penagih dadah paling tinggi di negara kita, kerana kita tahu Pulau Pinang adalah sebuah negeri yang boleh dikatakan termaju dan terkedepan dari segi pembangunan infrastruktur, serta mempunyai peluang pekerjaan yang banyak.

Bagaimanapun, amat jelas sekali daripada statistik yang dipersembahkan, dadah mampu dibendung dan dikawal melalui beberapa cara yang terbukti berkesan.

Tahap pendidikan yang baik adalah langkah paling awal untuk membantu masalah ketagihan dadah di kalangan ahli masyarakat kita, kerana ternyata pendidikan tertiari membantu mengurangkan ketagihan dadah.

Pekerjaan tetap dilihat memberikan kesan positif pada individu dan ibu bapa sepatutnya melihat pendidikan serta pekerjaan, sebagai asas penting terlebih dahulu yang perlu diasah bagi mengelakkan masalah dadah pada anak mereka.

Satu statistik yang perlu dilihat adalah sebab mula menggunakan dadah majoritinya berpunca daripada pengaruh rakan, dengan 56.64 peratus kes dadah bermula daripadanya. Amat jelas sekali kepentingan meletakkan generasi muda dalam kalangan mereka yang berpendidikan lebih baik dan mempunyai pekerjaan tetap, memberikan pengaruh besar pada kekuatan seseorang individu dalam menangkis pengaruh dadah.

Suasana yang baik pasti berjaya melahirkan insan yang hidupnya bebas dadah, jadi usahalah sebaik mungkin untuk memastikan generasi masa depan Malaysia menyambung pengajian ke peringkat seterusnya selepas tamat SPM.

Rujukan: Agensi Anti Dadah Kebangsaan

sumber: iluminasi

Loading...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *